BELILAH NANAS BANTING

SEDAP DIMAKAN DAN BERKHASIAT

Tuesday, 4 November 2008

PAJERI NANAS

PAJERI NANAS (1)

Bahan-Bahan:

2 biji nanas
125 ml minyak makan
125 ml santan pekat
6 sudu makan serbuk kari
2 sudu makan kerisik
3 sudu makan gula
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan Untuk Menumis:

8 biji bawan merah
4 biji bawang putih dihiris
2 cm halia
6 kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang

Bahan-Bahan Hiasan:

3 biji cili hijau dipotong dua
3 biji cili merah dipotong dua
2 biji bawang besar

Cara-Cara:
  • Nanas dibuang kulitnya dan potong nipis setengah inci. Celur sedikit bersama air dengan garam, asingkan.
  • Panaskan minyak, tumis bahan penumis dan bahan hirisan sampai wangi.
  • Masukkan rempah yang telah dicampur air untuk dijadikan pes. Goreng sampai masak.
  • Masukkan sedikit air dan didihkan. Masukkan kepingan nanas, selepas itu gula, santan dan kerisik.
  • Masak untuk beberapa minit dengan api yang perlahan.
  • Masukkan bahan hiasan, kacau dan padamkan api.

PAJERI NANAS(2)

Bahan-Bahan:

Rempah tumis (Kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga)
Sedikit serbuk kunyit
4 biji bawang merah dihiris memanjang
2 biji bawang putih dihiris memanjang
Biji sawi
Sedikit gula
Garam secukup rasa
Lada merah dan hijau dibelah memanjang (jangan sampai putus)
Nanas dipotong bulat dan 4, rebus dan toskan air.

Cara Memasak:
  • Tumiskan rempah tumis tadi, masukkan bawang merah dan putih, bila naik bau masukkan serbuk kunyit.
  • Kemudian masukkan nanas yang sudah siap ditoskan, gula sedikit dan garam secukup rasa.
  • Lepas itu masukkan pula lada dan biji sawi (masa masukkan lada jangan sampai lunyai, golek-golekkan saja dalam kuali sedikit-sedikit)
http://www.uitm.edu.my/pewani/RESIPI_RAMADHAN_LBM.pdf

NASI NANAS

Bahan-Bahan:

1 biji bawang hana besar
2 biji bawang putih
1 sudu makan serbuk kunyit - kisar dan tumis hingga wangi
1 sudu makan gula
1 buku stok ayam
50 gm udang kering

Cara-Cara:
  • Bersihkan 2 cawan beras dan letak di dalam rice-cooker. Masukkan 2 cawan air dan bahan-bahan yang dikisar tadi, biarkan masak. Nanas dibelah dua, dan keluarkan isinya.
  • Setelah nasi masak, masukkan nasi ke dalam nanas yang telah dibuang isinya, tabur dengan kepingan ayam dan bawang goreng.

KARI NANAS DAN UDANG

Bahan-Bahan:

400 gm udang besar
15 tangkai cili kering
12 ulas bawang kecil
4 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup dikisar halus
6 biji buah keras
2 batang serai
4 sudu minyak
150 ml santan kelapa
100 ml air
Sedikit Garam

Cara-Cara:
  • Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
  • Masukkan nanas, air, dan biar mendidih dengan api sederhana.
  • Masukkan udang, santan dan garam. Masak selama 10 minit.

http://www.uitm.edu.my/pewani/RESIPI_RAMADHAN_LBM.pdf

UDANG MASAK NANAS

Bahan-Bahan:

1 kg udang
1/2 biji nanas - dipotong 3 segi
1 biji tomato - dihiris
1 biji lada merah
1 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan minyak
1 mangkuk kecil air asam keping
1 kuntum bunga kantan
Sambal belacan
Sedikit gula
Sedikit daun saderi

Cara-Cara:
  • Panaskan minyak, tumis sambal belacan dan masukkan air asam jawa.
  • Biar mendidih, masukkan lada merah, bunga kantan, kicap pekat, gula dan tomato.
  • Apabila mendidih, masukkan keping nanas dan udang.
http://www.uitm.edu.my/pewani/RESIPI_RAMADHAN_LBM.pdf

TAT NANAS SEGI TIGA

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan kulit:
300 gm mentega
75 gm marjerin
100 gm gula halus
1 biji telur
1 biji kuning telur
3 sudu teh esen vanila

Bahan-bahan ayak:
400 gm tepung halus
100 gm tepung jagung
100 gm tepung kastard

Bahan-bahan inti:
1 biji epal (dibuang kulit, dibersih, diparut dan disejat airnya)
1 biji nanas (dibuang kulit, dibersih, diparut dan disejat airnya)
150 gm gula pasir
2 sudu besar mentega
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1 sudu teh serbuk pala

Bahan-bahan lain:
1 biji telur (dipukul sedikit)

Cara-Cara:

Putar mentega bersama marjerin dan gula halus hingga ia kembang. Masukkan telur bersama esen vanila, putar hingga ia sebati. Masukkan Bahan-bahan diayak bersama. Uli hingga menjadi doh. Perap selama 30 minit. Canai doh setebal 5 mm. Terap dengan acuan bulat ukuran 6 cm. Letak sedikit inti di tengahnya. Kemudian lipat untuk menjadikannya tiga segi. Sapu sedikit telur di atasnya. Buat hingga habis doh dan inti. Susun doh di atas dulang pembakar yang dilengser dengan sedikit mentega. Bakar pada suhu 180C selama 20-30 minit. Untuk membuat bahan inti pula, satukan parutan epal bersama parutan nanas, gula pasir, mentega, serbuk kulit kayu manis dan serbuk pala di dalam periuk di atas api yang sederhana. Masak hingga pekat. Angkat dan biarkan sejuk.
.
Sumber: Majalah Jelita Januari 1998
.

PAJERI NANAS

Bahan-Bahan:

1 biji nanas
1 biji kelapa
2 cm halia
1.5 cm kulit kayu manis
6 sudu besar rempah kari daging
4 sudu besar minyak
2 sudu besar gula merah
1 sudu teh jintan manis
Daun kari
Garam secukup rasa

Cara-Cara:

Potong nanas 4 cm x 3cm. Ambil 3 sudu besar kelapa yang telah diparut dan goreng untuk dijadikan kerisik. Tumbuk sehingga pecah minyak. Panaskan minyak dalam periuk dam masukkan rempah kari yang digaul dengan air. Masukkan kerisik. Masukkan nanas. Kacau supaya rempah tidak melekat pada periuk. Masukkan halia, kulit kayu manis, jintan manis dan daun kari. Masukkan santan dan garam serta gula merah. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak.

Sumber: Masakan Tradisional Utara 1991

http://resepi.mesra.net/Detailed/791.shtml

Monday, 3 November 2008

ECER Peruntuk Kawasan Seluas 7,400 Hektar Untuk Projek Nanas Di Pahang

Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) memperuntukkan kawasan seluas 7,400 hektar di Pahang untuk mewujudkan projek pembangunan bersepadu nanas Pekan-Rompin, satu usaha bagi mengembalikan Malaysia sebagai pengeluar nanas ketiga terbesar di dunia seperti pada tahun 1960an dan 1970an.
.
Kawasan yang dikenal pasti ialah Permatang Bedon (2,000 hektar) di Pekan, dan Kampung Jemari (5,000 hektar) serta Kampung Tebu Hitam (400 hektar) di Rompin, demikian menurut sekretariat ECER dalam satu kenyataan hari ini.
.
Kira-kira 2,000 hektar akan ditanam dengan nanas untuk pasaran buah-buahan segar dan 5,000 hektar untuk varieti yang bersesuaian untuk ditinkan.
.
Pembangunan keseluruhan juga akan menghasilkan makanan ternakan lembu daripada kulit nanas yang diproses, kata sekretariat itu.
.
Buat masa ini, Pahang hanya mempunyai kira-kira 58 hektar ladang nanas. Kelantan mempunyai kawasan paling besar antara ketiga-tiga negeri Pantai Timur itu dengan 309 hektar, diikuti Terengganu dengan 169 hektar. Mersing di Johor yang terlibat dalam ECER, mempunyai 27 hektar."
.
Konsep ladang nukleus akan diguna pakai dan akan melibatkan pekebun kecil dan sektor swasta," kata sekretariat itu.
.
"Kira-kira 70 peratus daripada tanah itu akan dibangunkan oleh syarikat teras atau syarikat-syarikat dan bakinya oleh pekebun kecil di bawah skim penanam," katanya.
.
Syarikat besar yang berpotensi termasuk Lee nanas Co Pte Ltd, Pineapple Cannery of Malaysia Sdn Bhd dan Polyno Resources untuk pengetinan, dan Malaysia Agrifood Corp untuk pasaran segar.
.
Varieti nanas bagi projek itu ialah Gandol dan N36 untuk ditinkan, dan Maspine, Josaphine dan Mauritus (Eng Kee) untuk pasaran segar, di mana setiap penanam akan diberikan antara lima dan 10 hektar tanah untuk ditanam dengan varieti buah berkenaan, kata sekretariat itu.
.
Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, Malaysia terpaksa mengimport lebih banyak nanas dari negara seperti Thailand dan Indonesia bagi memenuhi permintaan domestiknya.
.
Ketika ini, pengeluaran domestik nanas pada 300,000 tonnes setahun, ditanam di kawasan seluas lebih 15,000 hektar.
.
Di bawah rancangan imbangan dagangan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang mengenal pasti nanas sebagai satu daripada buah-buahan yang diberikan keutamaan, sasaran ditetapkan untuk mengeluarkan satu juta tan metrik pada 2010 daripada kawasan tambahan kira-kira 50,000 hektar dengan jangkaan hasil sebanyak 20,000 tan metrik sehektar.
.
BERNAMA