BELILAH NANAS BANTING

SEDAP DIMAKAN DAN BERKHASIAT

Monday 3 November 2008

ECER Peruntuk Kawasan Seluas 7,400 Hektar Untuk Projek Nanas Di Pahang

Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) memperuntukkan kawasan seluas 7,400 hektar di Pahang untuk mewujudkan projek pembangunan bersepadu nanas Pekan-Rompin, satu usaha bagi mengembalikan Malaysia sebagai pengeluar nanas ketiga terbesar di dunia seperti pada tahun 1960an dan 1970an.
.
Kawasan yang dikenal pasti ialah Permatang Bedon (2,000 hektar) di Pekan, dan Kampung Jemari (5,000 hektar) serta Kampung Tebu Hitam (400 hektar) di Rompin, demikian menurut sekretariat ECER dalam satu kenyataan hari ini.
.
Kira-kira 2,000 hektar akan ditanam dengan nanas untuk pasaran buah-buahan segar dan 5,000 hektar untuk varieti yang bersesuaian untuk ditinkan.
.
Pembangunan keseluruhan juga akan menghasilkan makanan ternakan lembu daripada kulit nanas yang diproses, kata sekretariat itu.
.
Buat masa ini, Pahang hanya mempunyai kira-kira 58 hektar ladang nanas. Kelantan mempunyai kawasan paling besar antara ketiga-tiga negeri Pantai Timur itu dengan 309 hektar, diikuti Terengganu dengan 169 hektar. Mersing di Johor yang terlibat dalam ECER, mempunyai 27 hektar."
.
Konsep ladang nukleus akan diguna pakai dan akan melibatkan pekebun kecil dan sektor swasta," kata sekretariat itu.
.
"Kira-kira 70 peratus daripada tanah itu akan dibangunkan oleh syarikat teras atau syarikat-syarikat dan bakinya oleh pekebun kecil di bawah skim penanam," katanya.
.
Syarikat besar yang berpotensi termasuk Lee nanas Co Pte Ltd, Pineapple Cannery of Malaysia Sdn Bhd dan Polyno Resources untuk pengetinan, dan Malaysia Agrifood Corp untuk pasaran segar.
.
Varieti nanas bagi projek itu ialah Gandol dan N36 untuk ditinkan, dan Maspine, Josaphine dan Mauritus (Eng Kee) untuk pasaran segar, di mana setiap penanam akan diberikan antara lima dan 10 hektar tanah untuk ditanam dengan varieti buah berkenaan, kata sekretariat itu.
.
Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, Malaysia terpaksa mengimport lebih banyak nanas dari negara seperti Thailand dan Indonesia bagi memenuhi permintaan domestiknya.
.
Ketika ini, pengeluaran domestik nanas pada 300,000 tonnes setahun, ditanam di kawasan seluas lebih 15,000 hektar.
.
Di bawah rancangan imbangan dagangan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang mengenal pasti nanas sebagai satu daripada buah-buahan yang diberikan keutamaan, sasaran ditetapkan untuk mengeluarkan satu juta tan metrik pada 2010 daripada kawasan tambahan kira-kira 50,000 hektar dengan jangkaan hasil sebanyak 20,000 tan metrik sehektar.
.
BERNAMA

No comments: