BELILAH NANAS BANTING

SEDAP DIMAKAN DAN BERKHASIAT

Monday, 3 November 2008

NANAS, PELANGSING TUBUH

Kulit buah nanas dipenuhi sisik emas ini membuat sistem pertahanan tubuh menjadi lebih solid. Kandungan vitamin A, vitamin C, kalsium, fosforus, magnesium, besi, natrium, kalium, dekstrosa, sukrosa, serat, dan enzim bromelain yang tersimpan dan buah nanas merupakan peluru melawan penyakit-penyakit serius, seperti tumor, aterosklerosis (penyempitan pembuluh darah), dan biri-biri.

Nanas memang berpotensi menjadi tanaman ubat. Menurut Dr. Setiawan Dalimartha dalam bukunya yang berjudul "Atlas Tumbuhan Obat Indonesia", enzim bromelain dalam buah nanas berkhasiat sebagai antiradang, membantu melunakkan makanan di lambung, mengganggu pertumbuhan sel kanser, dan mencegah terjadinya penggumpalan darah (blood coagulation).

Kandungan serat nanas yang cukup tinggi, sesuai untuk mengubati sembelit. Makan buah nanas adalah seperti makan ubat pencahar (constipation). Kesannya, seseorang yang membuang air besar tersekat akan menjadi lancar kembali apabila makan nanas. Nanas juga cukup baik untuk dimakan oleh mereka yang sedang sakit. Dalam nanas terkandung zat-zat yang dapat meningkatkan penyerapan ubat ke dalam tubuh.

MENGANGKAT SEL KULIT

Buah dan daun nanas bermanfaat pula untuk membersihkan jaringan kulit yang mati (skin debridement). Sebuah percubaan yang dilakukan terhadap beberapa ekor tikus yang mengalami luka bakar memperlihatkan bahawa enzim dalam daun dan buah nanas dapat mengangkat jaringan kulit yang mati akibat luka bakar. Enzim ini terus bekerja sampai jaringan kulit yang sihat menampakkan diri.

KHASIAT NANAS

Menurunkan Berat Badan

Sediakan 1 biji buah nanas yang tidak terlalu matang, kupas dan cuci sampai bersih. Potong mengikut keperluan, kemudian parut perah untuk mendapatkan airnya. Untuk memperolehi air sari nanas secara maksima, perah dengan menggunakan potongan kain bersih. Minum air nanas dengan sekaligus. Lakukan dua kali sehari.

Sembelit

Pilih 3 biji buah nanas yang belum masak. Kupas dan cuci bersih. Parut dan perah untuk mendapatkan airnya. Minum air nanas itu setengah gelas dua kali sehari selepas makan.

Radang Tenggorokan

Sediakan dua biji buah nanas masak. Kupas kulitnya, cuci sampai bersih, potong mengikut keperluan, kemudian parut dan perah untuk mendapatkan airnya. Minum 3 kali sehari, masing-masing 1/3 bahagian.

Kembung Atau Rasa Penuh Di Perut Kerana Pencernaan Terganggu

Minum jus nanas kira-kira 30 minit sebelum makan. Minum 1/2 gelas (150 cc), tiga kali sehari

Cacingan

Pilih 1 biji buah nanas muda. Kupas dan cuci sampai bersih, kemudian bilas dengan air masak dan parut. Selepas itu, perah dan saring airnya. Minumkan sedikit demi sedikit kepada anak yang menderita cacingan.

Radang Kulit (Dermatitis)

Sediakan 1/2 biji buah nanas yang sudah masak. Kupas, cuci bersih, dan parut. Gosokkan pada bagian kulit yang sakit. Lakukan pada malam hari menjelang tidur. Biarkan semalaman dan cucilah pada esok hari.

Luka Bakar, Ggatal, Bisul

Ambil beberapa helai daun nanas, cuci sampai bersih dan tumbuk hingga halus. Balurkan pada bagian kulit yang sakit.

Keseleo atau Memar

Sediakan 1 biji buah nanas matang, kupas, cuci bersih, potong-potong mengikut keperluan dan perah untuk mendapatkan jusnya. Kemudian minum jus nanas itu sekaligus.

KESAN SAMPINGAN NANAS

Tidak semua orang bebas makan nanas.kerana ia mempunyai kesan amping. Antaranya adalah seperti berikut:

Menggugurkan kandungan

Nanas muda berpotensi sebagai abortivum atau sejenis ubat yang dapat menggugurkan kandungan. Inilah sebabnya nanas sering digunakan untuk mengatasi haid yang terlambat. Wanita hamil disarankan untuk tidak makan nanas muda.

Menyebabkan Rematik

Di dalam saluran cerna, buah nanas terfermentasi menjadi alkohol. Ini boleh menyebabkan kekambuhan rematik gout. Pengidap rematik dan radang sendi disarankan supaya tidak makan nanas.

Meningkatkan Gula Darah

Buah nanas masak mengandung kadar gula yang cukup tinggi. Pengidap diabetes disarankan tidak makan nanas secara berlebihan.

Menimbulkan Rasa Gatal

Kadang-kadang mulut dan lidah terasa gatal selepas makan nanas segar. Untuk menghindarinya, sebelum dimakan, rendamlah potongan buah nanas dengan air garam.

Sumber: human health

2 comments:

hang nadim said...

bleh ke makan buah nanas tua bila mengandung????

ratuhati said...

kalau seorang perempuan tu sedang datang haid, boleh ke makan nenas? ada apa2 kesan yg tak baik ke?